Friday, July 10, 2009

Nasi Ayam Mancongkam


Last Saturday, gi ke KTM KL hantar motor untuk adik ipar yang bongsu kat JB. Lepas hantar motor tu, tah cemana, jalan punya jalan punya jalan punya jalan, sampai le ke Gombak. Dah sampai kat Gombak, ada la orang tu ajak pi makan nasi ayam. Oke gak tu, memandangkan masa tu pun dah tengahari & perut pun dah shuffling, hehehe...

Aku pun tatau Nasi Ayam Mancongkam tu kat jalan apa, tapi satu jalan la dengan Pasar Besar Gombak. Punya la ramai manusia kat situ. Beza betul dengan kedai mamak kat sebelah - kosoooong je....

Aku order nasi ayam garing, adik ipar pun sama, my significant other order nasi goreng hailam ayam garing.

Personally, aku lebih suka nasi ayam kat Doli. Nasi ayam kat Mancongkam ni biasa je aku rasa, tak cukup mancongkam, tapi ayam garing dia best gilerrr!!! Siap ada kulit ayam goreng garing2 tuhhh.... best, tapi kurang sihat, hehehe...

Nasi goreng hailam dia pulak, biasa2 je, macam nasi goreng biasa (tapi aku rasa nasi goreng bodo yang aku buat sendiri lagi sedap).

Sos yang bersekali dengan nasi ayam adalah sangat tidak pedas, siap kena mintak cili potong pulak kalau nak rasa pedas.

Apa2 pun, harga makanan kat situ memang sangat berpatutan.

Klik gambar untuk lihat harga makanan yang available

Rasanya yang beratur2 tu nak tapau nasi ayam

Muka2 mereka yang kelaparan

Muka ni pun tengah menahan lapar dalam senyuman

Orang meja sebelah dah dapat makanan, huhuhu...

Nasi ayam garing - before

Ayam goreng garing yang sangat menepati selera tekakku

Nasi goreng hailam ayam garing

Nasi ayam garing - after (tak cukup mancongkam pun, licin jugak, hihihi!)


Image Hosted by ImageShack.us

6 comments:

Sidratul Muntaha said...

ni kat mana yer mak moon?
ayu dok btu caves ni jer
klul nk ke gombak dekat jer nih...

pemandu teksi said...

cuba la plak nasi ayam semenyih..!

al-qamar said...

@ayu sebenarnya saya tak berapa area Gombak ni. cuba mak ayu tanya kawan2 kat tempat kerja tu, ada yg tau agaknya :)

@pemandu teksi dah cuba dah kat Semenyih, tapi tak menepati citarasa saya. saya lebih suka nasi ayam kat Doli di Taiping...

CATZ said...

pernah makan kedai ni lamaaaaaa dulu..
hiks..dah tak ingat sgt rasanya..
tapi part garing2 tuh mcm leh recall..

Penjejak said...

ohoiiii...orang tempat keje aku masuk laman web la.....ahakkssss..... muka huby ko memang nampak laparrrr......

al-qamar said...

@catz best kan part yang garing2 tuh? :)

@penjejak mana tak lapar, pagi makan roti 2-3 keping je...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin