Sunday, December 27, 2009
Entry video versi Adhwa' Adib
teh o limau suam best
al-qamar
pada
9:17 AM
Entry video versi Adhwa' Adib
2009-12-27T09:17:00+08:00
al-qamar
~Adhwa' Adib~|Video|
Comments
Labels:
~Adhwa' Adib~,
Video
Tuesday, December 22, 2009
Pengumuman penting!!!
Dengan bangganya ingin mengumumkan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku berjaya menderma darah buat kali pertama hari ni!!!
Gumbira!
Mintak maaf la aku agak jakun di sini sebab dah beberapa tahun aku teringin nak derma darah tapi berat badan yang terlalu underweight tak mengizinkan. Tapi tahun ni berat aku dah lebih daripada cukup, medical history & blood pressure pun cun, so apa tunggu lagi!!!
Dulu2 masa aku masih underweight, aku bernazar untuk menderma darah once berat dah cukup. So kiranya blood donation kali ni untuk bayar nazar la gitu :)
Staff dari Pusat Darah Negara datang opis aku sempena Hari QSHE yang berlangsung hari ni, so tak payah aku nak gi jauh2.
Speaking of Hari QSHE, Q=Quality, S=Safety, H=Health & E=Environment. Tapi yang tak sukanya, ada orang terjatuh dalam dewan pagi tadi sampai menyebabkan tulang kat tangan dia retak. Dah tak pasal2 masuk sepital kena pakai cast. Nak tau sebab apa jatuh? Sebab lantai parquet tu tak sempat di polish, cuma di wax je, so jadi licin gila. Even aku yang pakai kasut flat ni pun kena jalan hati2, apatah lagi kakak2 & adik2 vogue yang pakai high heels kan?
Haaa.... Fail dah safety kat situ.
Isk isk isk...

Derma darah
Friday, December 18, 2009
Ahlan Wa Sahlan 1431H
~ SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1431H ~
Semoga tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun2 sebelum ini.
Tingkatkan amal & kurangkan maksiat mulut, tangan, telinga, kaki, hati, etc...
Tapi lagi bagus kalau boleh tinggalkan maksiat terus :)
Wednesday, December 16, 2009
Entry bergambar versi miau miau...
merenung masa depan (ni kucing kak yus kat saujana impian).
apa la yang ekau buek kek colah tingkap tu jang?
sekali vacuum cleaner tu idup, mencicit2 la ko lari, hihi!
ngantuk... ni yang nak menguap ni.
eh, tapi pebende antara bit dengan ayip tu? nampak macam boleh makan jer..
ek elehhh... si oren ni ke, ingat labu ke buah oren ke... tempat duduk lain sume full ke?
panjang kan badan poot, boleh join tarian singa camni.
mata biru poot yang mengancam tapi juling :p
hmmm...
berehat sebentar sebelum keluar bermain.
di mana ada manusia, di situ ada aku, wahahaha!
the brothers: yuki the sepit baju boy & gollum the tikar boy.
woi budak2! jangan gaduh2. 2 jam je korang kena dok dalam tu.

Miau miau
Sunday, December 13, 2009
Entry bergambar versi Adhwa' Adib
yah yah!! turun meja elok2...
yes!!! berjaya!!! (tapi muka takde perasaan, hehehe...)
rasa macam nak gigit je cat ni
goreng pun sodap nih!
jaga2... kang cat gigit jari tu kang...
papa, nak turun!!! nak main dengan cat lagi!!!
adhwa' dengan 'ciklong :D
'ciklong, hari dah nak maghrib. meh adhwa' tolong 'ciklong tutup tingkap ek.
adhwa' & atok
atok, adhwa' & 'ciklong
apa la anak mama ni buat bibir camtu? tak ensem langsung!

~Adhwa' Adib~
Thursday, November 26, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Allah lebih menyayangi...
Setelah sekian lama tak menulis, baru ni nak menulis balik. Alasan cliche aku macam biasa la - busy. But really, I AM BUSY!!!
Semalam, dalam lebih kurang jam 1.30 tengahari, aku dapat berita (thru SMS) dari 2 orang kawan aku yang anak kepada Ina (kawan kitorang since 1998) yang berumur 6 bulan telah kembali ke Rahmatullah pagi semalam (23 November 2009) kat Hospital Serdang.
Jam 2 petang baru aku perasan SMS yang kawan2 aku send tu. Masa terbaca SMS tu, tuhan je yang tau perasaan aku masa tu. Aku terus terduduk & terpikir ada ke kawan2 aku ni saje nak main2 dengan aku??? Terasa macam baru je pi potluck raya kat rumah Ina bulan 10 aritu, sembang2 dengan Ina & kawan2 yang lain, dukung baby Ina, makan2 ramai. Tapi lepas beberapa saat, baru aku sedar takkan la orang nak main2 hal hidup mati ni. Air mata aku terus meleleh...
Aku cepat2 solat Zohor & ajak my significant other pi hospital, tapi dia busy pulak, ada keje urgent. So aku pun pecut la sorang2 dari Bangi ke Hospital Serdang.
Terus ke Emergency Department, tapi Ina masih dalam emergency room. Aku & kawan2 yang lain terus menunggu.
At last, staf kat kaunter tu bagitau, arwah baby dah dihantar ke Jabatan Forensik. So kitorang pun terus bergerak ke sana. Masa ni aku belum sempat jumpa dengan Ina atau suami dia.
Masa kitorang menunggu kat depan Jabatan Forensik tu, baru la sempat jumpa Ina. Ya Allah, tak sanggup aku nak bercakap dengan dia, nak tatap muka dia. Nak tenangkan dia pun aku tak mampu sebab aku sendiri tengah menangis. Aku tau, aku sebagai kawan sepatutnya lebih kuat, tapi aku tak mampu.
Lepas lebih kurang 2 jam, baru setel urusan kat forensik (post mortem, polis amik statement, etc...). Masa tu baru la waris2 & kawan2 dapat tengok arwah baby untuk kali terakhir. Comel je muka dia, macam tido je. Muka sikit pun tak pucat, bintat2 merah bekas gigit nyamuk pun masih jelas kat dahi dia. Aku takleh tengok lama2 sebab air mata aku mencurah2 masa tu. Terpaksa keluar amik angin.
Arwah baby telah selamat dikebumikan malam semalam di Puchong.
Menurut kata Ina (& juga keputusan post-mortem), arwah baby meninggal due to milk aspiration (tersedak susu/susu masuk dalam lungs). Berlaku kat rumah babysitter. Dengarnya lepas bagi susu kat baby, babysitter tu tiarapkan baby (maybe untuk tidokan baby???), pastu dia pi sidai baju. Masuk rumah lepas daripada sidai baju, baru dia perasan baby dah biru.
Terus bawa ke klinik & call Ina, tapi doktor kat klinik tu pun takleh nak buat apa. Dia suh bawa ke hospital je. So diorang pun bergegas2 ke hospital (Hospital Serdang yang terdekat agaknya). Sebenarnya masa on the way ke hospital tu, jantung baby dah tak berdegup lagi.
Sesampai je kat Emergency Department, doktor pun bertungkus lumus untuk selamatkan nyawa baby. Lebih kurang setengah jam jugak la doktor berusaha, tapi memang dah sampai masa arwah baby dijemput oleh Allah, takde siapa pun yang dapat menghalang.
Ina ada juga cerita, pagi2 subuh semalam, arwah baby bangun awal, gelak2 tengok mama & papa dia, walhal sebelum2 ni arwah baby tak pernah pun bangun seawal tu. Rupa2nya dia dah tau dia akan tinggalkan mama & papa dia, dia nak tengok muka mama & papa dia puas2 sebelum dia pergi agaknya...
Walaupun aku bukan seorang ibu, tapi aku dapat rasakan apa yang Ina rasa. Seseorang yang kita sayang & jaga bagai menatang minyak yang penuh tiba2 pergi meninggalkan kita & takkan kembali lagi. Hakikatnya, seseorang itu hanyalah pinjaman dari Allah untuk kita - untuk dijaga sebagai amanah & dikasihi bagai anugerah yang tidak ternilai...
Untuk Ina, kalau kau terbaca entry ni, percayalah Athirah akan menunggu kau & suami di pintu syurga dengan penuh senyuman.
Untuk Nur Irdina Athirah, Allah sangat menyayangimu... Semoga kau bahagia di sana...
p/s: To read on how to reduce the risk of sudden infant death syndrome (SIDS), please click here.

----------------------------------------

Untuk kawan2 blogger & non-blogger yang terbaca entry ni, tolonglah doakan kawanku Ina & suaminya supaya tabah & kuatkan semangat mereka. Athirah tiada galang gantinya.Untuk Ina, kalau kau terbaca entry ni, percayalah Athirah akan menunggu kau & suami di pintu syurga dengan penuh senyuman.
Untuk Nur Irdina Athirah, Allah sangat menyayangimu... Semoga kau bahagia di sana...
p/s: To read on how to reduce the risk of sudden infant death syndrome (SIDS), please click here.
Labels:
~Athirah~
Thursday, November 5, 2009
Balik keje malam...
Aman damai gila opisku hari ini. Mana taknya, semua kat Awana Genting Highland tengah sibuk berbengkel. Aku sorang2 je dalam bilik aku ni, yang lain semua berada dalam kabus, hehehe... Best gila oke dok sorang2 camni, takde gangguan. Bos2 aku pun ada kat bengkel tu. Kalau ada orang tepon bilik aku ni, aku nak buat2 pekak tinge je, buleh gitu? :D :D
Ada orang tanya aku, "Diorang semua pi Genting. Awat ko tak pi pulak? Bukan ke ko orang kuat bengkel tu ke?". FYI, aku ni kiranya 2nd important person la untuk kelangsungan perjalanan bengkel tu selepas bos aku, wakakaka!!!
Bukan aku tamau pi, tapi semalam 4/11 aku kena bertugas kat Parlimen. Bengkel tu pulak start since Selasa 3/11 sampai arini 5/11. So kiranya aku kena pi Parlimen tu hari yang tengah2. Tak kuasa aku nak ulang-alik 3 hari berturut2, dah le aku ni memang cepat letih.
Aku pi Parlimen tu kejenya bukan jadik YB yer kawan2, tapi kena mencatat kot2 ada soalan/isu/usul berbangkit dari YB2 dalam Dewan Rakyat nun.
BOSAN HOKEHHH!!! TAK BEST LANGSUNG!!!
Tinge nak kena alert je takut terlepas dengar. Partner aku masa bertugas tu sorang officer dari Jabatan Kimia PJ.
Aku ni nama je dah kali ketiga bertugas kat Parlimen, tapi macam blur gila (Sebab bertugas pun 2-3 tahun sekali). Sebbaik pegawai dari kementerian tu tersangatlah friendly, bagi briefing apa2 yang patut kat aku & partner kimia aku tu.
Cuma satu je yang best sikit berbanding dua kali yang aku bertugas sebelum ni - kali ni geng PR ramai dalam Dewan Rakyat, so biasa la insiden tinggi2 suara, gaduh2 tu. Kalau yang dulu2 tu, semua dok yes boss, yes boss je, macam takde pendirian & pendapat sendiri je. Tapi sekarang ni bila dah kena sergah sikit2 dengan geng PR, baru la panas punggung tak senang duduk. Tapi oke whaaattt.... Ada check and balance antara satu sama lain, especially untuk pihak majoriti la.
So siapa kata pembangkang ramai tak bagus? :P
Antara isu2 yang diorang timbulkan - isu caj extra untuk kad kredit (Macam yang PM cakap masa bentang bajet 2010 aritu), isu royalti vs wang ehsan untuk rakyat Terengganu & Kelantan, isu pengundi hantu, isu pembangunan di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak, isu persijilan halal, isu dana untuk penggiat dakwah vs penggiat seni, etc etc...
Tapi isu yang paling panas of course la isu royalti minyak untuk Kelantan & Terengganu. (Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri. Eh, ke terbalik ek? Mencuri dulu baru cakap bohong kot? Hehehe... Jangan marah haaaa...)
Time kurang panas, kelopak mata aku ni macam ada setan dok bertenggek atas tu, ngantuk gila. Makan gula2 pun tak jalan. Partner kimia aku tu dah berapa kali terlelap.
Time panas orang bertekak2 tu, buntang pulak mata aku ni, hihihi!
Tapi kalau korang nak tau, diorang ni gaduh2 manja je aku rasa... Sebabnya kan, kat dalam Dewan Rakyat tu kemain la gaduh, hentak2 meja bagai. Tapi time break, boleh pulak diorang ni dok semeja, sembang gelak2, macam takde apa2 yang berlaku je. Ada tu, siap boleh belanja nasi lemak pulak kat geng sebelah. Rasa macam pelik la pulak, kan?
Tapi aku nak bersangka baik. Aku anggap diorang ni gaduh2 dalam 'waktu bekerja' je. Luar waktu tu, kalau diorang sembang2 pun, tak masuk bab politik agaknya. No hurt feelings... Agaknyalah. Kalau tak betul, wallahua'lam, aku pun tatau...
Makanan kat cafe parlimen tu pulak, mahal la jugak. Bayangkan teh o secawan regenya RM1.50. Nasi lauk bodoh2 je dah RM4.50, haduiiii... wajib isi borang claim ni! Tapi dua kali sebelum ni aku rasa lagi mahal tak ingat, so kali ni murah sikiiiiiit je daripada yang dulu2 tu.
Nak tau apa pengalaman aku yang paling tak best bertugas kat Parlimen kali ni? Diorang abis bersidang kul 10.45 mlm.
Diulangi, 10.45 MALAM!!!!
Hilang akai apa?
Dah abis tu, bukannya aku & partner kimia aku boleh balik terus. Kena report kat pegawai kementerian tu lagi. Taip balik apa2 isu yang kitorang catat tu (Kalau ada laptop sendiri/opis, baik bawak, pastu boleh la taip terus apa2 isu tu. Malangnya, laptop baru aku baru sampai hari ni, hihi), pastu sign, pastu dia fax ke opis dia kat Putrajaya. Tengah2 dok menaip tu (Aku buli partner kimia aku suruh dia taip sebab dia baru first time bertugas, jahat tak?), guard dah jenguk2 dalam bilik sebab dia nak kunci pintu dah. Apa lagi, kalut la kitorang bertiga.
Siap2 semua dalam kul 11.05 minit. Turun tangga dari bilik kementerian tu nak ke pintu keluar, gelap gulita. Diorang dah tutup lampu, huhuhu!!! Tangga pun gelap. Terpaksa la aku melangkah dengan langkah yang ayu & berhati2...
Jalan sampai ke kete, dalam kul 11.10. Start enjin, terus vroooommmm balik umah. Kul 11.35 dah sampai umah. Less than half an hour you.... Gile cepat oke, heheheh! Kat KL still banyak kete, so aku bawak dalam 80-90 km/j je. Tapi lepas je tol Sungai Besi, aku pun mula la tekan sampai 130 km/j all the way (Dalam highway aje la...).
Tapi kan, ada ke speed trap malam2 buta tu ek? Kang tak pasal2 sampai je surat saman kat umah :P
Sampai umah, sempat berFB dulu, pastu isi perut sikit, pastu basuh muka, pastu baru tido. Sebbaik le aku dah siap2 solat Isyak kat Parlimen sebelum balik, huhuhu!!!
Till my next entry...
Adios amigos!

Luahan,
Malaysiaku tercinta,
parlimen
Saturday, October 17, 2009
Aku rindu...
Tiba2 teringat kat Johor, rindunya....
Rindu kat Skudai,
JB,
Sekolah Kebangsaan Sri Skudai,
Sekolah Menengah Skudai,
Sekolah Agama An-Nur Batu 10,
MRSM Muo,
Pantai Lido (tapi busuk sket la..),
Sungai Segget (ni lagiiiii busuk!!!),
pegi playground yang sangat best kat Bukit Chagar (sekarang takde lagi kot...),
mee rebus Haji Wahid,
ikut mak & ayah gi keje kat UTM,
jalan2 kat bandor dengan kengkawan lepas beli borang UPU kat post office,
keje proses borang permohonan orang nak sambung blaja kat SPACE UTM (masa tu daku baru abis matrik),
rindu macam2 lagi yang tak tersenarai kat sini...
Errmmmm.... Rindunya!!!!
Paling aku rindu, words yang aku dah lama tak dengar since family berpindah dari JB ke Kuantan.
carap = tos (as in tos pinggan sampai kering)
lembek = tilam/toto/comforter
pakkal = nasib baik (eg: pakkal le sale kat sogo tu dah lepas, kalau tak mau aku shopping tak hengat dunia, haha!)
sesah = pukul
basah lokos = basah kuyup
bersendor = purring (kucing ler...)
membeser = kencing
memerut = berak
epok2 = karipap (perkataan johor yang pertama yang aku blaja masa masuk darjah satu SKSS, hehe..)
ketil = cubit (especially cubit yang kecik yang bleh tinggal red mark kat kulit tuh)
lat = selang (eg: rumah cik jah lat dua rumah dari rumah si anu tu...)
Ada siapa2 yang ada nak buat kenduri kawen kat Johor? Jangan lupa jemput aku tau!!!
:)

Wednesday, October 14, 2009
Flag this blog please!!!
I've been very busy for a while... And still very busy at the moment :)
Cuma nak minta tolong rakan2 & sesiapa yang come across this entry to flag this blog --> http://nurrabecca.blogspot.com/.
Kenapa kena flag blog ni?
Sebab tuanpunya blog ni (yang in my opinion is a very mereng person) was stealing somebody else's daughter's picture to participate in an online contest. Dah tu, menang pulak tuh!!!
Orang mereng ni got ('stole' is more appropriate) the picture from this mama blogger. Click here to read about her disappointments, frustrations & anger about this incident. Pity her... :(
Geram je bila baca, grrrr..... Really unethical!
This is a lesson learnt for me as well as for all of you out there - please, please, pleaaaaase watermark all your posted pictures in your blog.
Huhuhu, sedih, sedih! Selama ni aku tak pernah terfikir nak watermark gambo2 aku, tapi lepas ni kena beringat selalu...
p/s: Untuk ibu kepada nur rabeca (wujud ke ko ni sebenonya haaaa?), kan dah free2 kena maki dgn blogger2 lain. Isk isk isk...
p/s/s: Untuk kawan2 yang menunggu resipi puding aritu, nanti la aku update ek. Ala... Bukan resipi aku pun, tapi resipi mudah yang aku dapat dari internet :)

Jahat,
Pengajaran
Friday, October 2, 2009
Openhouse hujung minggu ni
Tak, tak... Bukan aku yang nak buat openhouse. Aku cuma nak cakap pasal jemputan openhouse yang aku terima untuk hujung minggu ni je, hihi!
Aku ada 4 jemputan openhouse & 1 jemputan potluck, sampai tak tau boleh gi semua ke tak.
Ye la, majoriti openhouse buat time lunch sampai petang. Kalau serentak, takleh nak gi semua la kan, huhuhu...
Last2, lepas dah dipikir2, ditimbang2, diejas2, cuma dapat gi yang potluck tu & 2 openhouse je. Potluck tu kat Shah Alam. Dua bijik openhouse tu pulak kat Batu 6 Bangi & Salak Tinggi.
Lagi pulak hari Ahad ni aku kena keje la pulak (aku sendiri yang pilih nak on duty wiken ni, padan muko!!!), tu pun salah satu sebab kenapa takleh nak gi semua.
Apa aku nak bawak untuk potluck nanti? Memula dah pikir nak bawak kuah lontong, tapi disebabkan tuan rumah kata ada ada beberapa orang yang nak bawak makanan berat, so aku tukar la nak bawak rich chocolate pudding je, hehehe! Senang keje aku...
Lepas Isyak jap lagi, nak mulakan operasi nak buat puding.
p/s: Sedih aku baca blog kawan aku pasal dia takde jemputan ke openhose hujung minggu ni. Sabo je la, mana la tau tetibe ada orang jemput ko last minit ke. Takpun tetibe wiken depan ko dapat byk jemputan sampai tak cukup masa, tangan, kaki & perut nak gi ke kan :)

Acara,
Jalan-jalan cari makan
Tuesday, September 29, 2009
Sengal otak
Ntah la, tatau kenapa, dah seminggu lebih Ramadhan berlalu, otakku masih la sengal2 sampai tatau nak update apa kat blog ni, hehehe...
Orang lain semua sibuk letak gambo raya memasing. Aku je yang tak amik gambo.
Tahun ni aku beraya kat rumah mertua kat Taiping. Oke la.. Nak kata meriah sangat, takde la. Tapi kakak ipar aku bersalin anak kedua betul2 lepas azan maghrib hari Sabtu. Baby girl. Baby 1 Syawal 1430H, hehe... Best kan? Every year dapat cuti masa birthday :)
Nak amik gambo baby pun terlupa (segan pun ye jugak), tu yang sedih tu... Kalau tak, boleh tepek kat blog. FYI, setakat raya keempat aritu, baby belum ada nama lagi. Maybe sekarang dah ada nama...
Antara sebab2 tak amik gambo masa raya adalah:
Oleh itu, disebabkan kehadiran baby baru, kitorang pun tak banyak beraya. Lagi ramai orang yang datang beraya (sebab nak tengok baby baru).
Ingat nak pi umah Tok (ibu kepada mak mertua) kat Beruas, & bawak dia ke Taiping, tapi belum pun sempat kitorang nak gerak ke sana, Paksu call kata dia akan amik Tok & hantar ke rumah mak mertua aku...
Yang aku pasan kat Taiping ni, time raya2 pun Tesco & Taiping Sentral boleh penuh, majoriti pakai baju raya lip lap lip lap...
Aik??? Orang dari bandar balik kampung pun nak pi Tesco gak ke? Tempat korang takde shopping complex beso2 agaknya kot... (eleh, aku pun pi Tesco gak, kalau tak cemana boleh tau ramai orang pakai baju raya kat Tesco tu, tapi aku pi Tesco tak pakai baju raya la, hihihi...).
Teringat lak raya 2 tahun lepas, kat Taiping, aku ternampak ada satu family 4 orang, makan kat KFC masa lunch, siap berbaju melayu bersamping bagai!!! Pelik betul aku menengoknya. Ye la, takkan takde orang masak rendang ke, ketupat ke, laksa ke, apa2 ke kat rumah diorang ek?
Ntah le...
Udah2 le setakat ni. Kepala dah sengal balik.
Esok2 update lagi...

- Aku adalah agak2 pelupa nak keluarkan kamera dari tempat persembunyian dia sejak akhir2 ni.
- Family mertua aku ni bukan pesen suka2 nak amik gambo (tak macam family aku, orang baru bangun tido pun boleh di 'candid camera' kan).
- Mak pak baby girl tu takde plak nak excited2 amik gambo baby. Kalau aku yang ter'over' excited, tu apa maknanya tuh? Huahuahua...
Oleh itu, disebabkan kehadiran baby baru, kitorang pun tak banyak beraya. Lagi ramai orang yang datang beraya (sebab nak tengok baby baru).
Ingat nak pi umah Tok (ibu kepada mak mertua) kat Beruas, & bawak dia ke Taiping, tapi belum pun sempat kitorang nak gerak ke sana, Paksu call kata dia akan amik Tok & hantar ke rumah mak mertua aku...
Yang aku pasan kat Taiping ni, time raya2 pun Tesco & Taiping Sentral boleh penuh, majoriti pakai baju raya lip lap lip lap...
Aik??? Orang dari bandar balik kampung pun nak pi Tesco gak ke? Tempat korang takde shopping complex beso2 agaknya kot... (eleh, aku pun pi Tesco gak, kalau tak cemana boleh tau ramai orang pakai baju raya kat Tesco tu, tapi aku pi Tesco tak pakai baju raya la, hihihi...).
Teringat lak raya 2 tahun lepas, kat Taiping, aku ternampak ada satu family 4 orang, makan kat KFC masa lunch, siap berbaju melayu bersamping bagai!!! Pelik betul aku menengoknya. Ye la, takkan takde orang masak rendang ke, ketupat ke, laksa ke, apa2 ke kat rumah diorang ek?
Ntah le...
Udah2 le setakat ni. Kepala dah sengal balik.
Esok2 update lagi...
teh o limau suam best
al-qamar
pada
3:51 PM
Sengal otak
2009-09-29T15:51:00+08:00
al-qamar
Luahan|my simple life|
Comments
Labels:
Luahan,
my simple life
Wednesday, September 16, 2009
Thursday, September 10, 2009
Apa yang sampai hari ni ek?
Hari ni dapat posto kat opis.
Nak tau apa isinya? Jeng jeng jeng...
Tadaaaa!!!!!
Ni sebenarnya beg comel atau tas syawal (bak kata Cik As, si penjahit & penjual beg). Untuk dijadikan hadiah utk my MIL sempena raya ni. Asyik2 bagi kuih raya je, bosan la, hehehe...
Beg ni memang cute. Walaupun beg ni cute, tapi macam2 boleh isi kat dalam tawww.... Cuba tengok bawah ni.

Boleh isi long wallet, henpon, sampul duit raya, losyen, bedak & lipstick. Nak letak notebook kecik & pen pun buleh sesangattttt.... Best kan?
Thank you card ni pun comel...
Kalau nak usha beg2 yang Cik As buat, boleh gi ke blog macam dalam gambar kat atas tu. Takpun, korang klik je kat sini ek.
p/s: Hmmm... Menyesal pulak tak beli satu untuk diri sendiri. Tapi kan Cik As, jangan lupa order saya untuk 4 totebags tu ek. Dapat lepas raya pun saya tak kesah... :)

my simple life,
shopping
Subscribe to:
Posts (Atom)