Sunday, February 15, 2009

Sepagi di Bagan Lalang

Pagi semalam kitorang gi ke Pantai Bagan Lalang sebab nak riki tempat untuk buat family day la konon2nya... Perjalanan dari rumah kitorang ke Bagan Lalang lebih kurang 1 jam 15 minit 50 minit (ni kitorang bawak kete lepak2 je). Sebelum gerak, kitorang tengok Wikimapia dulu sebab tamau terlibat dalam kejadian sesat barat, hehehe... Kiranya bila dah puas hati, baru gerak dari rumah.

Rupa2nya jalannya agak senang jugak. Tempat2 yang ditempuhi sepanjang jalan macam Nilai Square, Pekan Salak, Pekan Sepang & Pekan Sungai Pelek. Tapi kalau lalu jalan tu malam2 sure seram gila sebab gelap gelita. Mana taknya, almost sepanjang jalan (kecuali kat pekan2) takde tiang lampu, especially kat estet2 kelapa sawit tu, siap ada kubur buddha & hindu lagik...

Adakah anda tau yang sebenarnya Pantai Bagan Lalang adalah agak berdekatan dengan Port Dickson & Lukut? Well, I didn't know it until I saw it for myself in Wikimapia. Tah hapa2 aku ni kan?

Ada beberapa chalet dan hotel kat Bagan Lalang. Selama ni aku cuma tau ada Hotel Seri Malaysia je kat situ. Dan ada beberapa restoren makanan laut. Antaranya ialah HM Sri Bagan kat tepi muara Sungai Sepang Kecil.

Pastu ada jugak pasar jual ikan dekat2 dengan HM sri Bagan tu. Survey harga, hmmm... harga macam harga pasaran je, bahkan ada yang lagi mahal! Ikan jenahak sekilo RM50!!! Kat Umbai pun sekilo baru RM42, & diorang siap masakkan untuk kita lagi... kat pasar ikan Bagan Lalang tu RM50 sekilo tapi kita kena masak sendiri, huhuhu...

Oh ye, pantainya memang landai, budak2 kecik sure gumbira riang ria kalau dapat main air kat situ. Orang pun tak seramai kat Port Dickson. Masa kitorang sampai tu, ada satu family India tengah berkelah, satu family Melayu tengah berkelah jugak (siap pasang khemah & bawak endoi baby lagi, hehe..), sekumpulan pelajar pompuan (pelajar kolej atau universiti agaknya) tengah berBBQ sambil main layang2, seorang lelaki Cina sedang melepak amik angin atas tikar yang dia bawak & ada la beberapa orang lagi kat situ. Ada sederet restoren kat situ, & from what I know, ada satu dua restoren yang bukak 24 jam (sesuai untuk mereka yang saja2 nak datang tengok sunrise kat situ). Surau pun ada, so ok la kan?

Sepang Gold Coast still in construction

Ni sebenarnya nak tunjuk ada sekor siput (atas kiri) tengah bergerak. Masa dia bergerak tu sempat dia buat bentuk 'love' atas pasir (tengah), hehe...

Bukti kehadiran kami...

Satu je yang kurang sedap didengar, Pantai Bagan Lalang ni agak dekat dengan Bukit Pelandok & Sg Nipah yang notorious for their pig farms, haiyaaaa!!! Juga dekat dengan Tanjung Sepat yang ada pig farms jugak. Tak best kan dengar? Tapi semalam dok jalan2 kat gigi air, Alhamdulillah takde la rasa gatal2. Air pun takde la berbau sangat, bau air laut je. Air kat Port Dickson lagi berbau...

So lepas ni terpulang la kepada pihak2 yang tertentu untuk tetapkan jadi ke tak nak ke Bagan Lalang untuk family day...

p/s: rindu zaman kecik2 dulu, gi mandi laut kat Tanjung Sedili, Air Papan & Batu Layar...

1 comment:

Sidratul Muntaha said...

bagan lalang ni ok n bersih lagi dr pd.
by the way,dulu time ayu keje dgn miat..mmg rajin ke sini.time tu,mkn area tu mmg murah lagi.the on the way nk ke sana.klu nasib baik boleh jumpa org jual dragonfruit then tgk kuda org bela kat area onatai tu.
hmmm..bagan lalang still clena lagi ler...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin