Wednesday, January 7, 2009

Bersabarlah wahai saudaraku

perang (atau lebih tepat lagi, pembersihan etnik) yang meletus di gaza sangat2 membuatkan aku sedih. nasib saudara seIslam kita di sana Allah saja yang tahu. sehinggakan tahun baru 2009 kali ini tak sampai hati rasanya nak sambut sambil bergelak ketawa & bersuka ria sedangkan kita tahu saudara kita di sana sedang berada di ambang maut...

selama ni cerita di sana selalu saja kita baca di dada akhbar atau kita tonton di kaca televisyen & skrin komputer. tetapi perang kali ini betul2 membuatkan hatiku menangis.

menangis kerana rakyat palestin menderita & ramai yang mati terutama sekali kanak2 & wanita.

menangis kerana memikirkan yang kita sudah berada di akhir zaman.

menangis kerana majoriti daripada kita sebagai saudara seIslam tidak mampu menolong selain hanya dapat mendoakan keselamatan mereka.

menangis kerana cemburu mereka dapat bertemu Allah dengan title syahid, insyaAllah...

apa lagi yang kita boleh buat? aku paste kan sekali lagi di sini keratan tulisan dari http://jarumemas.blogspot.com/:
Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.


lakukanlah apa yang kita termampu untuk keselamatan mereka. bukanlah bermaksud kita kena ke sana berperang bersama2 mereka (kalau mampu, alhamdulillah...), tetapi banyak lagi cara lain seperti yang disarankan oleh penulis asal keratan artikel di atas. dan aku percaya, ada lagi kaedah-kaedah lain yang tidak disebutkan oleh penulis yang boleh juga kita buat.

cuba bayangkan kalau negara kita yang sedang bergolak, sudah tentu kita mengharapkan ada orang yang dapat membantu kita mempertahankan negara kita dengan apa cara sekalipun, betul? kita tak patut setakat berasa simpati terhadap nasib yang menimpa mereka, tetapi perlu juga timbulkan empati dalam hati kita untuk memahami apa yang mereka di sana lalui...

aku bukan orang yang pandai nak susun kata2, tapi percayalah, aku sangat2 berharap kita semua dapat memainkan peranan kita dalam membantu saudara seIslam kita di palestin... biarlah sekecil mana pun peranan kita, biarlah selemah mana pun iman kita, please do our part...

wassalam...

p/s: kadang2 datang rasa sakit hati & malu tinggal kat negara yang tak reti2 nak tolong saudara seagama. aku berani kata negara kita ni sebenarnya bukan negara Islam, tapi cuma negara sekular yang majoriti rakyatnya beragama Islam. wallahu'alam...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin