Baru2 ni aku ada dapat satu email berkenaan kenapa kita perlu berfikir bila kita nak bertindak memboikot produk2 yg affiliated dgn israel. I agree when the original author (tatau lak sapa sebab email tu dah berapa kali forwarded daaa....) said we can't boycott things or places blindly just because they are connected to the zionists. He or she wanted us to think about the Muslim employees' & franchise owners' fates. Nanti ada lak yang cakap, "ko senang arrr cakap... ko dah keje tetap, takyah pening2 pale nak cari keje lain. Yang orang lain tu apa cerita? Ko nak bagi diorang keje ke?". Hmmm, pulak dahhh....
Well, pendapat author tersebut tak semestinya betul, dan pendapat aku juga tak semestinya salah, dan begitulah juga sebaliknya. So please read further with an open mind oke...
Memang betul bila ada niat nak memboikot, takleh secara membuta tuli, kena fikirkan juga nasib pekerja2 beragama Islam yang bekerja kat tempat2 tu. Tapi pada masa yang sama, aku rasa tak sampai hati nak pi makan kat
Walaupun mulut kata tak suka, benci, mengutuk, mengecam, dsb... tapi setakat pada mulut je la. Aku sedih dengan diri aku sendiri...
And as for the employees of such places, sudah tiba masanya mereka juga untuk mencari kerja lain. But I totally agree when the original author said that now is a very difficult time to find decent jobs, even for degree holders (tak macam zaman mak bapak kita dolu2...). The least that they can do in this difficult times is untuk menanam sedalam2nya perasaan marah dan benci terhadap perbuatan yahudi laknat terhadap orang2 Islam di Palestin, dan bila ada rezeki atau bila tiba masanya, cepat2 bertukar kepada kerja lain. Tapi kalau dah memang dah tak dapat2 kerja lain, nak buat cemana kan... yang penting usaha yang berterusan...
Dan memang betul juga kata original author itu yang mengatakan pihak yang paling layak bertindak dalam hal2 besar camni adalah pertubuhan2 dunia macam OIC (owh I see...). Tapi kita kena terima hakikat yang sebenarnya OIC tu takde la kuat mana pun, nama je gah. Bukan setakat OIC, bahkan kebanyakan negara2 Islam seluruh dunia ni (tak termasuk Malaysia sebab pada pendapat aku Malaysia cuma sebuah negara sekular yang mana penduduk majoritinya adalah orang Islam) pun lemah takleh nak bersatu menentang yahudi zionis tu. Masing2 nak jaga periuk nasi masing2... (kan bagus kalau mamat jutawan yang beria2 nak beli kasut yang dilempar kat bush dgn rege juta2 tu dia sedekahkan duit juta2 tu ke Palestin...). 'Ayah angkat' israel si US of A tu pun diorang takut nak tentang. So bila pihak yang diharapkan tak dapat buat apa2, tu yang ada beberapa pihak yang terpaksa menentang yahudi zionis tu dengan cara mereka sendiri. Daripada tak buat apa2 sebab tunggu pihak yang 'berkuasa' buat sesuatu, baik bertindak sendiri - lebih kurang camtu la kot...
Yahudi zionis tu bukannya takut pun kat orang lain, diorang cuma takut kat missile Hamas dan Hizbollah je agaknya... kecam la cemana pun, diorang buat derkk je, peduli hape diorang, betul tak? Ni Barack Obama dah naik jadi presiden US of A ni tatau la cemana pandangan dia pasal isu yang melanda Timur Tengah. I bet dia sama je macam orang2 yang dulu, tapi mungkin dia tidak akan jadi sebangang bush anak dan bapak. Tapi apa2 hal pun, aku bet juga (isk, apa ke hei asyik betting2 je nih?) dia akan terikat dengan yahudi bengong tu sebab diorang kan kawal ekonomi dunia, huhuhu...
Tapi apa2 pun, hal boikot-memboikot ni hak masing2... yang memboikot jangan pandang serong pada yang tak memboikot, yang tak memboikot juga jangan pandang serong pada yang memboikot. Aku percaya, setiap apa yang kita buat pasti ada sebabnya, sama ada kita memboikot atau tak, kan?
Untuk diri aku sendiri, bila aku memboikot, aku anggap tu sebagai jihad aku. Ni jihad aku yang paling ciput sebagai manusia yang mempunyai selemah-lemah iman bernama aku... huhuhu...
Syabas aku ucapkan untuk mereka2 di luar sana yang sanggup berhenti kerja semata2 kerana tidak mahu bersubahat dengan kejahatan! Aku percaya itu adalah jihad kamu untuk membantu mereka yang memerlukan dan hanya Allah yang dapat membalasnya... We are not going to get perfections, but we are going towards lesser evil, insyaAllah.
TAPI..... dalam kita memboikot, orang2 yang 'sepatutnya' (sendiri fikir la...) patut juga menyediakan barangan alternatif bagi barang2 yang diboikot. Contohnya kita beli barangan buatan Malaysia. Nak lagi baik, beli barangan buatan Muslim, contohnya macam produk2 HPA (aku bukan nak promote HPA sebab aku bukan ahli HPA ye kawan2...). Ini cuma satu cara yang aku dapat fikirkan. Aku percaya banyak lagi cara2 lain yang boleh kita buat dalam usaha memboikot ni, tapi sekarang ni (at this moment la...), aku tengah malas betul nak fikir. Adehhhh!!!
Sebelum aku mengakhiri posting aku kali ini, aku nak cakap sikit ni. Tadi dengar radio IKIM, dalam dekat2 jam 11 pagi. Tetamu undangan untuk slot time tu ada cakap satu ayat ni - "Orang2 Islam di Palestin berjihad melawan zionis, kita kat Malaysia ni berjihad dengan diri kita sendiri je...". Cuba bayangkan, umat Islam kat Palestin sanggup mengorbankan nyawa, harta, tenaga dan keluarga untuk mempertahankan maruah Islam, tapi kita kat sini cuma lawan nafsu diri kita sendiri je. Contohnya macam aku, melawan nafsu nak pi makan Double Prosperity Burger atau Double Cheeseburger kar McD (tapi tak dapat kunafikan, 2-3 hari lepas aku rasa macam orang ngidam sebab dah lama tak pekena burger2 kegemaranku ini, hehehe... tapi kutahankan jua keinginanku iteww...). Berbeza kan jihad kita dengan jihad orang kat Palestin?
p/s: Umat Islam sekarang ni umpama buih2 di lautan... ramai, tapi rapuh, mudah berpecah-belah. Takyah tengok jauh2, tengok dalam Malaysia terchenta ni pun dah cukup...