Friday, January 23, 2009

membeli sarapan di pagi jumaat

Pagi tadi, on the way nak gi keje, kitorang stop kat kedai tepi jalan untuk beli sarapan. Sebenarnya memang dah plan sejak 2 hari lepas untuk berenti kat kedai tu sebab ada benda yang aku & my significant other tak puas hati. Pelik lak kan? Orang kalau tak puas hati kat satu2 kedai tu, buat apa nak gi kedai tu lagi kan? Tapi kitorang ada plan kitorang sendiri, hehehehe... Bukannya dengki kat kedai tu, cuma nak mempertahankan hak kitorang sebagai pengguna.

Aku akan bercerita secara retrospektif.

Ikuti perbualan aku dengan pakcik kedai tu (lebih kurang la ye...).

Aku: Pakcik, nasi lemak satu ye. Singgit setengah kan?

Pakcik: Ha'ah.

Aku (sambil ambik satu bekas polisterin): Mihun goreng ni kalau satu bekas polisterin berapa ringgit ek pakcik?

Pakcik: Dua ringgit.

Aku: Mahal jugak ek...

Pakcik: Owh, itu kalau isi penuh2, tengok la awak isi banyak mana.

Aku: Owh... kalau saya bubuh timun, kacang, sambal, harga lebih sikit la ek pakcik?

Pakcik: Ha'ah lebih sikit le...

Aku pun meneruskan kerja aku mengisi bekas polisterin dengan mihun goreng sekadar yang cukup, sedikit timun, kacang dan sambal tumis.

Aku (sambil menyua satu bungkusan nasi lemak dan satu bekas polisterin berisi mihun goreng dan aksesori): Oke pakcik, nak bayar la.

Pakcik: Nasi lemak singgit setengah, mihun goreng singgit setengah jugak.

Aku: Eh, tadi kan pakcik kata dua ringgit?

Pakcik: Owh, tadi awak isi tak berapa nak penuh.

Aku: Owh oke...

Aku masuk je dalam kete, my significant other terus tanya berapa ringgit aku kena. Aku cakap la tiga ringgit.

My SO: Eh, apsal murah singgit? Meh tengok sikit awak bubuh mihun banyak mana?

Aku pun bukak la bekas polisterin tu nak tunjuk isi dalam dia.

My SO: Eh, aritu pun saya letak lebih kurang banyak tu jugak la, tapi kena dua ringgit setengah!


Oke oke, sekarang aku nak cerita apa kisah di sebalik perbualan tadi.

Gini, dua hari lepas, hari Rabu, kitorang beli sarapan di kedai yang sama, tapi masa tu my significant other yang turun, aku dok dalam kete (kebetulan aritu aku yg drive...). Masuk2 je dalam kete, my significant other bising2 kata mahalnya mee goreng pakcik tu, kena sampai dua ringgit setengah, total semua sekali empat ringgit sebab dia belikan aku nasi lemak satu. Kitorang dah berkira2 nak pangkah kedai tu, tamau gi situ lagi. Tiba2 datang idea aku nak buat eksperimen. Aku bagitau my significant other yang aku rasa kita patut berenti lagi kat kedai tu tapi kali ni biar aku yang turun beli. Sebabnya aku nak tanya pakcik tu macam apa yang aku cakap dalam perbualan kat atas tu.

Kebetulan pagi tadi masa berenti kat kedai tu, ada 2-3 orang pelanggan, dan pakcik tu pun tengah dok mengisi bungkusan2 kertas dengan nasi lemak untuk sorang pelanggan ni. Masa tu la aku tanya dengan suara yang kuat supaya pelanggan lain pun dengar (bukan tengking ek, cuma suara tu kuat sikit je...).

My significant other berpendapat, pakcik tu gabra bila aku tanya macam tu, dah tu ada orang2 lain pulak kat situ, so mesti la dia nak cover line kan... Agaknya tu la pasal dia bagi harga murah sikit daripada harga yang dia bagi pada my significant other. Mungkin jugak kot...

Satu lagi, aku ada gak terpikir, ntah2 ada beza kot harga mee goreng dengan mihun goreng. But to be frank, aku tak pernah lagi jumpa kedai/gerai yang jual mihun goreng dan mee goreng dengan harga yang berbeza (kuantiti lebih kurang sama ye...).

Begitulah cerita membeli sarapan di pagi Jumaat...

Teringat lak ada skali ni, dalam awal bulan ni, kitorang ada urusan kat bank. Disebabkan orang ramai gila kat bank dan turn kitorang pun agaknya lagi sejam baru sampai, so kitorang pun gi sarapan kat kedai berdekatan dengan bank tu. Aku order roti kosong, my significant other order satu set roti bakar. Sambil2 menunggu order kitorang sampai, kitorang pun baca la senarai menu dan harga yang ada kat kedai tu. Aku tak ingat exact price dia, tapi beza roti kosong dengan roti bawang sampai 80 sen. Isk! Bawang je 80 sen? Berapa bijik dia letak bawang? Bawang tu pun sekilo baru berapa ringgit... Silap2 sekeping roti bawang tu maybe letak suku bawang je agaknya. Hmmm.. Entahlah. Ke ada 250 gram bawang dalam sekeping roti bawang tu? Hahahahaha....

Macam2 la diorang ni...

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin