Tadi ada dapat satu email pasal jangan boikot KFC. Tatau la betul ke tak, wallahua'lam. Tapi meh aku taip balik apa yang ada dalam email tu.
-------------------------------------------------------------------
Subject: FW: JANGAN BOIKOT KFC
salam semua...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC. dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC. ko dah bunuh orang palestin"... dah banyak sms yang saya dapat... daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
untuk pengetahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai Johor Corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC Malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor COrporation, pengerusinya sedang berusaha unutk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, di bawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu:
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos Life)
bakery (untuk garlic bread & roti2 di KFC)
tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti Melayu Islam. oleh itu, bayangkanlah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kedapa orang Islam Malaysia? oleh itu fikir2kanlah apa yang saya katakan ini. diharap sapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja. sama2 kita membangunkan ekonomi orang Islam. inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.
Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
------------------------------------------------------------------
Haa... suda baca? If this is true, then there's no need to boycott KFC oke... Aku dah email sendiri ke KFC Holdings (M) Bhd, we'll see what they will say oke... Bila dah dapat jawapan, akanku post kan ke blogku. Kalau ada sesapa rajin, boleh la call or sms mamat keje kFC seperti nama di atas. Aku bukan tamau call, tapi aku ni pemalu orangnya hehehehe...