Monday, January 5, 2009

kali pertama kujumpa denganmu... lalalala....

assalamualaikum semua...

sepanjang hidup saya selama *toot...* tahun, ini adalah kali pertama saya bertemu (chewah! macam nak dating lak) dengan twin egg yolks. untuk pengetahuan semua, saya adalah penggemar telur ayam, terutama sekali telur goreng mata lembu dan telur separuh masak (tapi saya tidak membela hantu raya ye...).

kejadian berlaku pada waktu malam (time tak ingat) hari sabtu 2 januari 2009. pada waktu itu, saya berasa amat lapar dan teringin untuk menggoreng telur dadar untuk dimakan bersama nasi lemak yang dimasak pada waktu siang hari yang sama.

pada mulanya saya tidak perasan akan keadaan rupa bentuk telur itu selepas saya memecahkannya ke dalam sebijik mangkuk. akan tetapi selepas saya membuang kulit telur ke dalam plastik sampah dan seterusnya membasuh tangan, saya mulai perasan rupa bentuk telur tersebut. saya menjadi amat jakun sebentar. eiiii!!! wuuu... waaahhhh!!! wuiyooo!!! phewwwittttt....


rupa telur setelah dipecahkan ke dalam mangkuk

saya amat terperanjat apabila melihat twin egg yolks ini. walau bagaimanapun, telur itu amat bernasib baik kerana saya tidak terus mengkategorikannya sebagai telur buruk dan busuk, atau melemparnya ke dinding atau lantai. nasib baik juga untuk saya kerana jika saya melempar telur itu merata-rata tempat, bercintalah saya untuk membersihkan dinding atau lantai tersebut.

pada hemat saya, egg yolks tersebut mempunyai saiz yang kecil sedikit berbanding saiz egg yolk yang normal. walau bagaimanapun, telur tersebut mempunyai saiz yang normal seperti telur2 yang seangkatan dengannya.

pada awalnya saya merasakan teramatlah ruginya untuk saya menggoreng telur itu, apatah lagi mahu mendadarnya. ini kerana, rupa bentuk asal telur itu pasti akan berubah apabila dimasukkan ke dalam minyak yang panas.

tetapi, saya dengan pantas sekali mula berfikir secara rasional. setelah membuat ujian deria (lihat, bau dan sentuh menggunakan sudu) terhadap telur itu, saya mulai membuat perkiraan. dengan mengambil kira faktor-faktor seperti rupa dan bau telur itu, tujuan sebenar saya memecahkan telur itu, serta kesan dan akibat yang akan berlaku jika saya membiarkan saja telur itu, saya pun membuat keputusan untuk meneruskan niat saya untuk menggoreng telur tersebut. walaupun begitu, saya menukar sedikit rancangan saya iaitu saya tidak akan mendadarnya tetapi hanya akan menggoreng telur tersebut menjadi telur mata lembu sahaja.


telur sedang digoreng di dalam kuali

setelah telur itu selamat digoreng, beginilah rupanya seperti gambar di bawah ini... selepas digoreng, egg yolks masih cair2 manja... sluurrrppp...

takde rupa sunny side up sebab egg white dah menutupi egg yolks

rasa telur dengan twin egg yolks ini tiada bezanya dengan telur2 yang normal, malahan lebih sedap lagi kerana kehadiran twin yolks itu, yummy!!!

untuk mendapat lebih maklumat tentang twin egg yolks atau tentang telur secara umum, boleh la klik di link2 di bawah ini:

http://www.minkhollow.ca/Hatching.......Double.html

http://www.bfhd.wa.gov/edu/eggucation.php

http://www.abc.net.au/science/.......inscience

peringatan: jika anda ingin membaca dari link yang ketiga, sila pastikan anda mempunyai pengetahuan asas mengenai anatomi ayam.

sekian entry saya untuk kali ini, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

p/s: ni agaknya kalau submit karangan ni kat chegu skolah, agak2 brape ek markah yang aku buleh dapat? :P

4 comments:

silly spilt said...

hehehe..menarik tul..
rase die laen ke same erk?
jakun gak nieh..wuuu

mo'on said...

menarik... but it's not so rare la to find double yolks ni, merata2 akak baca boleh jumpa 1 in 1000 eggs, & especially lagi senang nak jumpa kalau beli telur saiz jumbo...

rasanya, well... rasa mcm telur la hehe, tapi lagi lemak sebab kuning telur dabel :)

zatur rawihah kamaruzaman said...

tahukah anda, telur yg diproses di kilang telur adalah telur yg tidak disenyawa? hehehe.. dan ayam-ayam betina yg bertelur ni diharamkan berjumpa dgn ayam jantan.. hahaha. ingat x citer chicken run?

mo'on said...

wah pn zaza, itu benda baru utk saya. tak penah saya tahu fakta tu :)

p/s: best gila citer chicken run kan, i loike..

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin