Sunday, December 14, 2008

balik tepeng part 2


hari ahad (6/12/08), my significant other n i went to bukit larut a.k.a. maxwell hill. aku memang tak penah naik bukit larut ni, tapi yang lagi best, my significant other yang memang family nya menetap kat taiping pun tak penah pi, hehehe...

kitorang kuar umah lebih kurang jam 9 pagi. the journey from his parents' home to the foot of the hill (betul ke frasa ni foot of the hill ni? belasah je la...) only took about 20 minutes. see what i mean when i said i'm shocked about his nonexistent trip to bukit larut in his whole life before this??? sampai2 je kat situ, ramainya orang yang nak hike naik ke atas... kitorang ni bukan kaki hike (macam kureng je stamina), so terus la gi ke kaunter jual tiket, dengan harapan ada la trip dalam masa terdekat. incik kat kaunter tu bagitau, tiket yang paling cepat jam 2 petang nanti. sebelum jam 2 dah full sebab maklumla, musim cuti skolah... kitorang tanya incik tu, kalau ujan kul 2 nanti cemana dengan trip naik ke atas? dia kata, trip tetap akan diteruskan (aku macam ala2 seriau lak masa dia cakap ni). so sementara nak menunggu 2 petang, aku mintak my significant other bawak gi ronda2 kat taman tasik tepeng. aku memang suka scenenery kat situ, especially the trees along the road kat tepi tasik tu.

penjara tepeng yang berumur hampir 130 tahun


pokok2 cun


ramai orang benti untuk amik gambar & jalan2


tasik di sebalik pokok

pastu agak2 dah tatau nak buat apa, kitorang pun balik umah... sempat tido setengah jam, pastu lunch, baru kuar balik dalam 1.15 petang. naik landrover yang drebarnya sangat banyak cerita, seronok kitorang mendengar. pakcik landrover ni cakap, ada 93 corners along the road sehingga ke atas. memang curam gile la jalan naik atas (nama pun kat bukit...). aku tak dapat nak bayangkan cemana orang2 yang hiking tu dok memanjat bukit ni week after week. pakcik landrover cakap hikers tu memang orang yang dah biasa. ada satu group of hikers ni, namanya geng watermelon. kitorang tanya la kenapa. pakcik landrover cakap, jap lagi kita jumpa dengan group tu, nanti tau la kenapa namanya geng watermelon. selepas satu selekoh, terjumpa satu geng manusia ni tengah duduk sembang kat meja2 rehat yang ada tepi jalan tu. kat atas meja, penuh dengan watermelon yang dah siap potong. rupa2nya, diorang isi watermelons dalam knapsack memasing, sampai kat tempat biasa, diorang pun potong watermelon tu, pastu makan ramai2 la sambil borak2. hehehe, interesting sungguh! banyak lagi cerita pakcik landrover ni, antaranya kenapa jalan ke atas ni bengkang bengkok, kenapa omputih dok kat maxwell hill (selain alasan diorang nakkan tempat sejuk), kenapa dia tak glamer macam drebar F1, etc... on the way naik, selain daripada kumpulan hikers yang nampak macam dah biasa, ada gak terserempak dengan 3 orang budak laki (nampak macam sekolah lagi) pun tengah jalan ke atas. wahh... larat betul adik2 tu.

sejarah bukit larut (klik kat gambar untuk baca sejarah)


landrover yang kitorang naik

sampai kat atas, kitorang turun & jalan sendiri ke atas. kunun2nya nak tengok bunga tulips, tapi pakcik landrover kata la ni bukan musim ada bunga tulips kat atas sebab anak benih baru sampai. katanya kalau nak tengok tulips, datang time bulan 2 atau 3. huhuhu, sedih aku... nak jalan kaki ke cendana cafe (supposedly kat situ ada greenhouse yang ada tulips) punya la letih, padahal takde la jauh mana pun. nampak sangat kitorang ni dah lama tak exercise hahaha! kat cendana cafe tu, kitorang order air untuk hilangkan haus. after about 10 minutes, adik2 yang kitorang nampak tadi pun sampai kat situ. nampak gayanya diorang macam lapar gile (panjat bukit ni memang buat orang lapar gamaknya) sebab siap order nasi goreng, telur goreng, kopok, etc... macam menarik lak. pastu kitorang gi amik2 gambar bunga2 yang ada kat greenhouse tu.

tatau nama pokok ni, tapi wangi, bau limau
(bukan dalam greenhouse, tapi sebelah meja kitorang lepak2)


macam ros putih yang tertumpah sirap kat atas dia


pokok misai kucing (bagus untuk kesihatan...)


cute pink flowers


baby strawberry yang tak sabar2 nak membesar hehe


cactus forest


merah gile bunga nih!


burung cenderawasih???


cute blue hydrangeas


my favourite flowers in my favourite colour

malam, sume orang busy buat preparation untuk makan2 esok harinya. my in-laws nak buat ketupat pulut, nasi beriani & lauk2 yang seangkatan dengannya. tak amik gambar sebab macam lupa kewujudan kamera dalam henbegku huhu...

esoknya (8/12/08), raya... satu umah siap2 untuk kuar ke umah tok di beruas. yang tak syoknya, hampir sepanjang perjalanan pegi & balik, hujan... sebelum kuar umah, my in-laws pesan siap2 suh bawak selipar & sokkabar spare, sebabnya kawasan umah tok tu bertanah merah. musim2 hujan ni kasut kotor, lantai kete pun kotor... pun tak amik gambar sangat sebab sekali lagi terlupa kewujudan kamera dalam henbeg. pelupa!!!


masa on the way ke beruas, hujan...

selasa (9/12/08), hari balik ke kl. bertolak lepas lunch n solat zohor. sampai kat klang valley, gi anta adik iparku ke rumahnya kat ulu klang dulu (tempat dia macam dekat la jugak dengan bukit antarangsa yang runtuh aritu). masuk semula ke mrr2 dlm kul 5.30 petang, jem gila tak hengat sebab time orang balik keje kot. sampai umah dah kul 6.45 petang, letihnya... malam tu tido awal dari biasa.

2 comments:

z.r.k.z said...

agak buruk rupa strawberry yg tgh nak besar.. mcm Patrick Star je..kikikih..

al-qamar said...

wakaka... memang rupanya agak pelik, tak tipikal mcm strawberry yg kita biasa tgk tu. spesies lain sket kot... takpun cacat :)

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin