Tragedi Bkt Antarabngsa & Si Kaya yang miskin akal
Dilulus terbit pada Friday, December 19 @ 16:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Oleh saz78
"Salam pada semua, ni cerita pengalaman saya sendiri mengenai tragedi bukit antarabangsa 6 Dec lepas. Untuk maklumat, saya tinggal bersama keluarga di OakLeaf Park Condo, dalam 300 meter dari tempat kejadian.
Jam 3.45 pagi, 6 dec , saya terjaga dari tidur lepas terdengar bunyi letupan kecil dan rasa sedikit gegaran dari tingat 11 kondo yang saya duduk ni.
memang gelap gelita keadaan masa tu, even tingkap mengaha ke kawasan kejadian, tapi masih saya tak dapat nak tengok apa yang jadi, apa yang jelas, blackout kali ni bukan sebarangan sebab seluruh kawan bukit antarabangsa yang boleh sya lihat dari tingkap tu gelap gelita. yang boleh saya buat, call guard house dan tanya kenapa blackout, tapi guard sendiri pon tak tau.
Then, sekali lagi saya dengar bunyi bising masa hampir2 nak sambung lelap (kat umah saya tu sejuk sebab duduk atas, so tak rasa panas). kali ni saya dah rasa something wrong, so saya call jiran saya, ajak die turun ke guard house. nak dengar berita pon tak boleh, nak tengok tv pon tak boleh, even hp pon takde coverage sebab tower pemancar pon blackout jugak rasanya. masa di guard house tu la ada satu brader naik motor datang inform yang ada tanah runtuh kat bawah area kondo impian selatan.
so kami pon naik kete turun...... ishk..... susah nak cakap, pakai lampu kete je pon boleh nampak rumah banglo mewah cuma tinggal 3 rumah sebelah kiri, rumah ke 4 dah duduk tengah jalan, dan yang lain saya tak nampak langsung.
masa tu memang kecoh abis, bile orang2 kondo impian selatan lintang pukang lari turun, mana taknye, tanah yang runtuh tu dah betol2 sebelah pagar batu anatara kondo dengan rumah.......
untuk baca lebih lanjut, sila klik di http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=534&mode=thread&order=0&thold=0
p/s: cite2 lain yang kita buleh baca kat sokkabar buleh cari dalam sokkabar la kan. tapi yang ni, first-hand experience, mahal oooo.... if not priceless.