Thursday, December 4, 2008

selamatkah kita?

tetiba teringat dan seterusnya terasa macam nak bercerita satu seminar yang aku attend kat tempat keje aku bulan lepas.

seminar tu tajuk dia "seminar pertahanan wanita - terperangkap: apa nak buat???". presenternya ialah tak lain dan tak bukan, penganalisis jenayah yg glemer seantero tanah melayu iaitu dr kamal affandi hashim...

banyak ke tips yg aku dapat masa seminar tu? banyak la jugak bagi orang yang ignorant macam aku ni, tapi banyak jugak tips yang aku takleh nak ingat, pasalnya incik ni banyak buat lawak sampai lenguh otot2 pipi aku gelak. demmm... he was so funny!

topik2 yang dia present merangkumi apa yg perlu kita (read: wanita) buat jika kita terperangkap dalam jenayah ragut, rogol, etc... memula dia cakap pasal keadaan semasa kat mesia ni. kita slalu pikir yang kita takkan jadi mangsa jenayah. this is wrong sebab sesapa je buleh jadi mangsa. pastu suasana kat mesia ni (ekonomi, taraf hidup, sosial, bla bla..) menyebabkan jenayah2 tu jadik macam benda biasa dalam masyarakat. meaning, memang takleh nak elak. tapi kita kena tau cara2 yang paling baik untuk handle situation tu...

ok, contoh2 tip yang dia bagi:

1. peragut biasanya suka pilih pompuan yang pakai beg tali panjang, sebab lagi senang nak ragut... but that doesn't mean pakai beg tali pendek (stail kepit bawah ketiak) kita akan lebih selamat. dua2 beg ada pro and con nya...
2. kalau bawak beg tali panjang, jangan silangkan di bahu. sebenarnya macam ni lagi bahaya compared tu letak je atas bahu cam biasa, walaupun ramai yang pikir the other way around. sebabnya, peragut tu of course la akan cuba potong tali tu, dan blade yang dia guna untuk potong tali beg tu mungkin akan mencederakan kita. silap2 teknik si peragut tu, kita bleh mati wooo....
3. cuba pakai beg yang ada buckle pada talinya, so that bila kena ragut, beg tu akan dengan lebih mudah tercabut dari talinya, so kita selamat laaa.... sekarang ni kan ada jual beg yang khas untuk situasi2 camni, aritu aku ada jumpa kat sogo, brand apa tah, tapi rege dalam 2,3 ratus gak la...
4. bila terjumpa perogol lak, 1st thing yang kita kena buat is rapatkan kaki kita serapat2nya... ini akan menyusahkan si perogol tu untuk meneruskan aktiviti bengongnye itu...
5. jangan cuba2 tendang atau lututkan 'toot...' si perogol tu sebab abis la tektik sari rapet kacip fatimah kita tadi tu... maybe masa tu je dia sakit, tapi kaki kita kan dah terbukak, masa ni la dia amik kesempatan...
6. jangan beria2 sangat pakai beg yang brand dia tertayang secara meriah kat luar beg. kan lagi menarik perhatian orang yang ada niat nak meragut... of course la dia pikir kita kaya pakai beg branded, sure dia dah terbayang2 dah dalam beg kita tu ada macam2 benda best yang dia bleh jual (pada hal beg tu gucci rege 40 hengget je, hahaha...).
7. kalau la dibuat cerita kita dah terperangkap dalam situasi hampir dirogol (na'uzubillah!), cuba gigit dia, cakar dia kat mana2 tempat yang gigi/kuku kita buleh sampai.
8. etc etc....

ok, ni ada sikit ilmu... dalam situasi yang berbahaya, badan kita ada kaedah tersendiri to deal with it - flight-or-fight response. masa ni hormon adrenalin akan dipam ke seluruh tubuh kita dan hormon ni la yang menyebabkan simptom2 berkaitan dengan keadaan kita yang tengah panik, termanifestasi... contoh2 simptom tu adalah:

1. kadar denyutan jantung meningkat - untuk pam darah beroksigen ke otot2
2. kadar pernafasan pun meningkat - nak dapatkan lebih oksigen
3. penghadaman terbantut - sebabkan rasa loya, nak muntah, terkentut, sakit perut, terberak, etc...
4. perpeluhan bertambah - nak sejukkan badan
5. kurang darah di permukaan kulit - tu yang muka pucat, and extremities pun terasa sejukkk..
6. anak mata membesar - untuk buat kita lebih alert pada persekitaran. buleh jugak sebabkan penglihatan jadi kabur dan sensitip kat cahaya sekejap.
7. mulut kering - takde penghasilan air liur, so mulut jadi kering dan berbau
8. organ2 deria menjadi lebih sensitip daripada biasa - again, supaya kita alert pada persekitaran

gambar kat bawah ni aku dapat kat sini dan kat sini...



nak baca lebih lanjut, boleh klik kat sini ok...

beberapa simptom kat atas tu, ada yang berguna kalau kita terperangkap dalam jenayah, especially jenayah rogol. contohnya macam penghadaman terbantut (ko muntahkan je isi perut ko kat perogol tu, sure dia jijik! pastu berak atas seluar dia hehehe...), and mulut kering (ko membebel /bukak mulut ko besar2 depan penjahat tu, dia mesti rasa disgusted nye lah!). menurut kata incik kamal affandi ni, memang sesetengah penjenayah rogol ni dia rasa jijik yang amat sangat bila bakal mangsa dia tu termuntah/terkentut/terkencing/terberak/terbau mulut busuk depan dia. terus tak jadi la plan dia hehehe...

i hope i don't get into dangerous situations, sapa yang nak, kan? but who knows what will happen in the future, kan?

2 comments:

silly spilt said...

salam kak..thanx view blog ju..heh..ju da add up ur link in my page..

life..nothing much lately..duk umah byk..pasni balik phg balik study..ade la jln sket2..byk kene duk umah teman mak kt dapur..wuuu..maybe im going to taiping next week..umah makcik..hows life lately?pape pn take care ek..n keep on posting eyh.. =)

silly spilt said...

kak..tagged you..rajin2 wat la..hehe

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin