Laburkan Anakmu Sendiri
“Ustaz, can you recommend any ustaz who can attend similarly? Someone like you,” tanya seorang anak muda kepada saya.
“How you define ’someone like me’ tu?” saya bertanya.
“Well, someone with English proficiency and cool like you” ujar beliau.
Saya terdiam seketika.
Tidaklah terkejut dengan penjelasan tersebut, tetapi cuba mencari-cari reaksi yang betul terhadap permintaan tersebut.
DIALOG ORANG BUKIT
Dari semasa ke semasa, saya menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk hadir ke sesi dialog tertutup bersama sekumpulan anak muda yang mahu belajar tentang Islam. Keunikan program sebegini ialah pada corak pembawaannya yang mungkin sulit untuk digambarkan oleh mereka yang tidak pernah menemuinya.
Program berlangsung dengan Bahasa Inggeris sebagai pengantarnya.
Peserta yang hadir pula, amat kasual penampilan mereka. Ada sekumpulan kecil yang bertudung dan berselendang. Ada juga yang biasa-biasa sahaja. Pakaian santai di hujung minggu.
Biar pun coraknya begitu, suatu keistimewaan yang ada pada setiap mereka yang hadir ialah, keinginan yang tulen untuk belajar tentang Islam. Namun disebabkan oleh latar belakang kehidupan, mereka berasa kekok untuk belajar di saluran biasa. Kekok...untuk baca lebih lanjut, sila klik di http://saifulislam.com/?p=4318