Wednesday, December 3, 2008

perihal orang ada hutang

alkisahnya, ada la seorang hamba Allah ni asyik la suka meminjam duit kat orang. kalau bukan pinjam kat aku, dia pinjam kat orang lain. dlm tahun ni je ada la dekat 6,7 kali dia buat application nak buat loan kat aku (macam bank je, haha!), but most of the time aku buat donno je. kalau dia mintak nak pinjam duit thru sms ke email ke, aku boleh la ngelak2, siap sempat pikir lagi nak bagi alasan apa. tapi bila dah face to face ni, ni yang payah sikit aku nak bagi alasan ni... dah la aku cepat kesian kat orang.

my significant other dah bising2 tanya aku kenapa si hamba Allah ni macam tak paham2 yang aku macam tak berapa suka nak bagi pinjam duit kat dia. ada beberapa sebab yang buat aku jadi tak suka nak pinjamkan duit kat dia:
1. bila pinjam, janji nak bayar pada sekian2 tarikh, tapi bila tiba tarikh tu, ada je alasan dia.
2. dia suka bayar ansuran. ingat aku ni maybank credit card buleh bayar ansuran selama 6 bulan interest free???
3. aku pun kadang2 sengkek gak. dia kena la ingat, makin tinggi gaji seseorang tu, makin banyak la hutang orang tu. memang la aku buleh pau duit my significant other, but duit dia mainly for hal2 dan benda2 penting untuk rumah dan keluarga. duit aku untuk benda2 yang kurang penting skit, tapi still kena setelkan jugak.
4. aku asyik nak kena ingatkan dia yang dia ada hutang lagi dengan aku.

dan aku juga rasa pelik, kenapa dia tak mintak/pinjam duit kat parents dia sendiri since diorang pun duduk dekat2 je... aku rasa parents dia sure masyukk nye bulan2 sebab diorang berniaga. tatau la kalau takde buat financial management? memang lesap la duit2 tu walaupun untung banyak. apa masalah dia dengan parents dia yang susah sangat nak mintak tolong ni?? pelik la aku...

ni jap lagi ni aku nak kena ingatkan dia lagi skali pasal hutang tu. tak kira kalau ada orang kata aku ni berkira ke kedekut ke hapa ke.. itu duit aku, so hak aku la untuk tuntut balik duit tu kan? kalau tak tuntut kang, aku gak yang susah sebab aku pun nak pakai duit tu hehehe...

aku nak tengok kali ni, adakah hamba Allah ni akan bayar hutang right on time ke nak tangguh? kalau dia nak tangguh, aku nak bagitau dia lain kali aku susah la nak bagi dia pinjam duit sebab bertangguh2, tak tepati janji.

ni nak raya haji dah ni, nak balik kampung jumaat ni. haaaa... balik kampung belanja banyak ooo.... pastu hujung minggu ni b'day my significant other lagi, so mesti la ada plan skit untuk hujung minggu ni... pastu nak simpan duit untuk jalan2 bulan 1 tahun depan lagi, nak renovate rumah lagi, macam2 la kegunaan duit tu...

ok la, pasni aku nak menggunapakai apa yang my significant other pernah cakap dulu: baik kesian kat diri sendiri & family sendiri dulu daripada kesian kat orang lain...

lagipun, kalau kita sedekah/tolong orang lain, kita cuma dapat pahala sedekah/tolong tu je. tapi kalau kita sedekah/tolong ahli keluarga kita sendiri, selain dapat pahala sedekah/tolong tu, kita dapat jugak pahala merapatkan silaturrahim. apa2 pun, kena la ikhlas...

ok la, sekian entry untuk kali ini.

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin