petang semalam, mak bagitau kata adik aku, cik b, dah dapat offer jawatan tetap kat uitm jengka, alhamdulillah... that's one good news that actually made my day :) ye la, selama ni, aku tengok macam susah dia nak dapat keje, dok umah makan tido tengok anime je kejenye hehehe... pada awalnya dia dapat offer jadi pensyarah pakej (i don't have yet figure out what that means...) kat situ since early july aritu. dalam tempoh dari bulan julai sampai hari ni, ada la beberapa kali mardi anta surat dan tepon dia suh datang interview. in fact, beberapa hari before dia report duty kat jengka, pun ada interview mardi. my mom and i actually wanted her to go to that mardi interview, but my dad ask her to go to jengka a few days earlier, so terlepas la interview tu... takpe la, apa2 hal pun, middle of this month, dia akan report duty sebagai pensyarah tetap kat situ. waaahhh cik b, pasni boleh la simpan duit untuk buat downpayment kete kan :D. mak cakap awak nak belanja piza kat sume orang ek? mana aci saya takde huhu... bila nak belanja saya lak? ngehehe...
buat masa ni cik b is at home (my parents' home la...), tengah cuti, seronok dah mark student nye paper sume... musti giat melayan adh' kan? berapa berat dah dia? dengar citer dia penggeli ek? hahaha, mesti syok geletek dia. hari ni dia cukup 5 bulan kan? windunya kat dia....
sejak 2 menjak dah ada adh' ni, aku macam dah tak tanya pasal put the adik bulu. kecian pulak, mesti adik bulu rasa macam dianaktirikan, kan? apa kabar ko put? makin berat ke? still suka makan ikan bilis ke? ko still main ganas2 ke?
lagi satu mak bagitau semalam, dia kata terserempak dengan kawan aku, pn za n hubby n kids kat megamall. pn za dah bgtau aku kat fb dah, tapi cerita lebih lanjut, aku dapat tau dari mak. diorang makan dok meja sebelah2. pn za yg tegur mak aku dulu... sebbaik pn za still ingat mak, sebab mak kata dia tak berapa ingat rupa pn za, maklum la, dah lama tak jumpa, jumpa pun skali tu je masa aku konvo 7 tahun lepas, pn za agak berisi pulak tu zaman dolu2.. sekarang dah kurus, letih jadi mama untuk anak2nye, dan untuk papanye juga kot, hehehehe....
wah, dekat pukul 8 suda.... stop sini dulu. ada keje nak buat. nanti tulis lagi pasal orang yang berhutang dengan aku tu, sama ada dia akan bayar hari ni atau tak, tunggguuuu....