Sunday, December 21, 2008

sedih siottt...

i didn't know a simple story about a little boy & a baby fox can be so touching, sobs... (still crying)

aku baru abis tengok Helen The Baby Fox (Kogitsune Heren) kat Astro Kirana. apsal la aku baru tengok tadi? apsal la aku tak tengok cite tu awal2 dolu? sebenonya dolu aku ada tengok cite ni, tapi tak complete, jap tengok ending, jap tengok starting, jap tengok tengah2 (terjangkit penyakit mak la ni, hehehe...), so baru tadi la dapat tengok dari awal sampai abis tanpa gangguan hehehe... thanks to my understanding significant other, muahhh, i lap u laling!

movie ni movie tahun 2006, berkisar tentang seorang budak laki berumo 7 tahun bernama Taichi, seekor anak musang yang diberi nama Helen (sempena Helen Keller, orang buta, pekak & bisu pertama yang boleh berkomunikasi dengan menggunakan sign language dengan bantuan cikgunya, Anne Sullivan. boleh baca kisah Helen & Anne kat sini...), ibu Taichi (apa tah nama dia), boipren ibunya (Ko) dan anak pompuan boipren ibunya (Misu).

ibu Taichi seorang camerawoman dapat satu job kat hawaii, so dia pun anta anaknya ke rumah Ko di kawasan desa untuk tolong tengok2kan anaknya tu. Ko seorang vet, Misu lak still kat high school. at first, Taichi ni dianggap macam beban dalam keluarga Ko, especially untuk anak pompuannya, Misu.

satu hari, masa balik dari sekolah, Taichi terjumpa seekor anak musang yang teramat la kiutnya... dia bawak ke balai polis dengan harapan anak musang tu dapat ditemukan dengan ibunya, tapi polis tu tatau nak buat apa. last2 polis tu bawak ke tempat di mana orang kat situ memang jaga haiwan liar. rupa2nya rumah tu rumah Ko (tempat Taichi tinggal sementara), hehehe... ni kes polis tu tak kenal Taichi tu anak sapa la ni.

Taichi cakap dengan Ko dia nak jaga anak musang tu, tapi Ko berat hati sebab selama ni diorang (Ko & anaknya Misu) dah banyak sangat jaga haiwan liar + tak liar kat rumah diorang, hampir nak jatuh miskin dibuatnya (ada kambing, ada parrot yang kepoh (suka cakap tasukete kaneko san!!), ada anjing yang suka makan, ada angsa, etc etc...). tapi Taichi berkeras nak jaga jugak, so Ko bagitau Taichi kena jaga sendiri anak musang tu. si Taichi ni macam ada chemistry je dengan si anak musang ni sebab dia seolah2 memahami bagaimana rasanya di'tinggal'kan oleh ibu yang dikasihi.

sejak tu, Taichi berusaha untuk menjaga anak musang tu sebaik mungkin. satu hati, Ko dapat tau yang anak musang yang kiut tu sebenarnya pekak, bisu & buta. sejak tu la anak musang tu dapat nama Helen. Ko gelar si Taichi lak sebagai Sullivan (sempena nama cikgu Helen Keller). so the little Sullivan does some research in his school's library to find out how he can teach Helen how to communicate to things around it. Taichi's efforts really made me cry, uwaaaa!!! bukan sekali, tapi banyak kali, agaknya separuh kotak tisu abis la buat lap air mata :P

Helen telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Taichi. Ko dan Misu amat terharu dengan usaha Taichi yang tak pernah putus asa dengan karenah Helen (& karenah diorang hehehe...). at last, diorang pun tolong sama jaga Helen.

tapi, sebanyak mana pun kasih sayang yang Helen dapat dari Taichi, Ko & Misu, masih tidak cukup untuk menyelamatkannya. Helen akhirnya mati disebabkan internal damage dalam kepalanya (mungkin sebab kena langgar, sebab tu la Helen jadi pekak, bisu & buta...). uwaaaaa... nangis lagi aku masa Helen mati. ni kalau movie camni main kat India, aku rasa dah lama panggung kena bakar sebab sad ending :p

banyak pengajaran yang boleh didapati sepanjang movie tu - kasih sayang, kesabaran, belas kasihan kepada manusia & makhluk Allah yang lain, etc... scenery dalam movie ni pun tersangat la cantiknya. pelakon2nya pun bagus2 belaka. emmmm.. kiranya aku komen yang best2 je la untuk movie ni hehehe. tak caya, gi la tengok. tapi kalau tak minat movie2 yang seumpama ni, memang la akan rasa lembap gile jalan citernye. as for me, well... i'm a hopeless romantic, so memang la aku suka movie2 gini ngehehe...

ibu, jangan la tinggalkan saya...


camni caranya nak bagi Helen minum susu...


cepat! cepat! gigit hidung anjing tu cepat!!


Taichi jangan nangis yerr...

kesian Helen tak nampak bunga2 yang cantik tu di sekeliling kakinya...

boleh baca lebih lanjut pasal Helen the Baby Fox kat sini, sini & sini...
tengok trailer movie ni kat sini lak... takpun, search je kat youtube, sure ada nye...

1 comment:

hantukacak said...

memang best citer nih.....

Bantulah Saudara Kita di Palestin. Boikot Israel!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin